Tuesday, 27 December 2011

Blog Travel : Berakit Arus Deras


TRAVEL AGENCY
@ Rakit Arus Deras

iNFO :

Aktiviti rakit arus deras di Sungai Ulu Slim sepanjang 8 kilometer.

Seramai 55 peserta dapat melakukan aktiviti dalam satu masa.

Sebanyak 10 buah rakit dapat beraksi dalam satu-satu masa.

Seramai 39 jurupandu bersiap sedia untuk beraksi dengan dua orang ketua.

90 peratus peserta dijamin selamat dan 10 peratus bergantung kepada takdir.

Aktiviti Rakit Arus Deras dilakukan setiap minggu dengan pelbagai pilihan lokasi sungai dan jeram.

Peserta paling muda yang pernah menyertai aktiviti ini berumur lapan tahun.

Jumlah kos untuk melakukan aktiviti ini ialah dari RM220 sehingga RM1,800 seorang mengikut pakej yang dipilih dan tahap sungai yang diingini peserta.

Setiap rakit boleh memuatkan di antara empat hingga enam orang.

Setiap jeram yang bahaya akan ada pegawai penyelamat menunggu bagi menjamin keselamatan peserta.

No comments:

Post a Comment